SHEREEN CATAT REKOD KEBANGSAAN BAHARU ACARA 400M DALAM DEWAN
SHEREEN CATAT REKOD KEBANGSAAN BAHARU ACARA 400M DALAM DEWAN
March 17, 2022 3:47 am
KANSAS, 17 Mac 2022 – Shereen Samson Valabouy, atlet olahraga negara telah mencatatkan rekod kebangsaan baharu bagi acara 400m dalam dewan apabila beliau berjaya mencatat 53.79 saat pada Kejohanan US National Collegiate Athletic Association (NCAA) Division 2 yang telah berlangsung pada 12 Mac lalu di Pittsburg State University of Kansas, Amerika Syarikat.
Catatan masa Shereen itu telah mengatasi rekod kebangsaan dalam dewan yang sebelum ini dipegang oleh Noraseela Khalid iaitu 54.58 saat pada tahun 2006. Shereen juga merupakan atlet wanita Malaysia yang telah berjaya mencatat masa larian di bawah 54 saat bagi acara 400m dalam dewan.
Walaupun Shereen berjaya melepasi masa kelayakan bagi temasya Sukan SEA Hanoi, tetapi tarikh pendaftaran telah tamat dan temasya sukan juga bertembung dengan kalender kejohanan NCAA. Hal ini kerana Shereen kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dibawah biasiswa dari NCAA di Winona State University in Minnesota.
Untuk pengetahuan, jika pihak NCAA bersama pihak universitinya mengalukan dan juga beliau melepasi kelayakan bagi temasya Sukan Komanwel di Birmingham, England pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022 dan temasya Sukan Asian di Hangxhou, China pada 10 hingga 25 September, maka Shereen mempunyai peluang untuk mewakili negara pada temasya sukan tersebut.
Pada masa kini, Shereen mensasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 400m luar dewan iaitu 52.56 saat yang dicatatkan oleh Rabia Abdul Salam pada tahun 1993. Peluangnya akan tiba tidak lama lagi dengan penganjuran kejohanan 2022 NCAA Division 2 Outdoor Track and Field yang dijadual berlangsung pada 2 April ini di Wartburg College di Waverly, Iowa.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.