SUKAN SEA : SEAN YEE TERPAKSA LUPAKAN EMAS DI HANOI
SUKAN SEA : SEAN YEE TERPAKSA LUPAKAN EMAS DI HANOI
March 17, 2022 4:54 am
KUALA LUMPUR, 17 MAC 2022 – Kontinjen Malaysia kehilangan prospek pingat emas bagi temasya Sukan SEA Hanoi, Mei depan selepas penyandang juara acara lompat tinggi wanita iaitu Yap Sean Yee terpaksa menarik diri berikutan kecederaan lutut yang dialaminya.
Dengan penarikan diri itu juga maka atlet berusia 27 tahun ini terpaksa melupakan hasratnya untuk membuat penampilan kelima dalam temasya dwitahunan tersebut sejak kali pertama membuat ‘debut’ sewaktu di Naypyidaw pada tahun 2013.
Difahamkan, Sean Yee kini perlu menjalani rawatan pemulihan terlebih dahulu memandangkan beliau sudah melaungkan azam untuk memburu tempat ke Sukan Asia Hangzhou yang akan berlangsung September depan.
Tempoh kelayakan bagi temasya sukan itu adalah sehingga Jun ini yang mana Sean Yee yang berketinggian 1.68m perlu melepasi had kelayakan iaitu 1.82 meter, sedikit rendah berbanding catatan beliau ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 1.83 meter.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.