KUALA LUMPUR, 18 Mac 2022 – Peminat sukan bola sepak tanah air kecewa dengan pengumuman oleh Malaysian Football League (MFL) mengenai penundaan perlawanan Liga Premier Kuching City FC bertemu Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu (19 Mac 2022) ini.
Perlawanan tersebut ditunda ke tarikh baharu kerana seramai 18 pemain dan pegawai Kuching City FC telah disahkan positif COVID-19 sekali gus perlawanan menentang Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac 2022 juga terpaksa ditunda.
Dalam satu kenyataan rasmi dari pihak MFL yang menyatakan “MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh.”
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.