lavinesh

SIRKIT REMAJA JOHOR KEMBALI BAGI EDISI 2022

SIRKIT REMAJA JOHOR KEMBALI BAGI EDISI 2022

March 18, 2022 3:44 am

ISKANDAR PUTERI, 18 Mac 2022 – Kejohanan Sirkit Remaja Johor Edisi 2022 anjuran Majlis Sukan Negeri Johor di bawah Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah dan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri Johor akan bermula pada 25 Mac 2022 hingga 13 Ogos 2022.

Tujuan utama Sirkit Remaja Johor dianjurkan adalah untuk mencari bakat-bakat baru di dalam sukan-sukan yang berprestasi tinggi di dalam pembangunan sukan, antaranya ialah Memanah, Pencak Silat, Wushu, Kanu dan Petanque.

Untuk pengetahuan, edisi pertama kejohanan Sirkit Remaja Johor dilaksanakan pada tahun 2018 dengan hanya empat jenis sukan. Hasil daripada penganjuran tersebut, satu perkembangan positif telah berlaku dengan peningkatan pingat bagi Negeri Johor di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dengan pungutan pingat sebanyak 29 pingat emas berbanding 19 pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.

Penyertaan kejohanan ini terbuka kepada atlet-atlet pembangunan bakat terutama program GOLD Johor dan atlet-atlet yang terdapat di semua daerah di dalam Johor samada di bawah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau kelab-kelab di Daerah yang berumur 16 tahun ke bawah dan mereka perlu mewakili daerah masing-masing semasa bertanding.

Pada edisi kali ini, Majlis Sukan Negeri Johor mensasarkan seramai 2,400 atlet akan menyertai Sirkit Remaja Johor Edisi 2022. Atlet yang dikenalpasti berpotensi tinggi dan berbakat sepanjang Sirkit ini dijalankan akan diserapkan ke dalam Program Pelapis Platinum atau Titanium SUKMA.

Melalui Program Sirkit Remaja Johor juga secara tidak langsung, dapat memperkasakan peranan dan hala tuju Majlis Sukan Negeri Johor dalam pencarian atlet di setiap daerah yang tidak akan terputus kerana mempunyai program kesinambungan dalam mencari bakat-bakat baru.

 

Kejohanan Sirkit Remaja Johor Edisi 2022 akan dilaksanakan secara berperingkat sebanyak 3 siri;

Siri 1 – Fasa 1 akan dilaksanakan di Muar pada 25 dan 26 Mac ini melibatkan sukan Memanah dan Kanu

Siri 1 – Fasa 2 akan dilaksanakan di Bandar Penawar pada 27 dan 28 Mei 2022 melibatkan sukan Silat, Wushu dan Petanque

Siri 2 akan dilaksanakan di Batu Pahat pada 1 dan 2 Julai 2022 melibatkan sukan Memanah, Silat, Wushu, Kanu dan Petanque

Siri 3 akan dilaksanakan di Johor Bahru pada 12 dan 13 Ogos 2022 melibatkan sukan Memanah, Silat, Wushu, Kanu dan Petanque

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #SirkitRemajaJohor2022 #GoldMSNJ #MSNJ #RiseUpJohor #DemiJohor

Sumber : Majlis Sukan Negeri Johor

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negeri Johor