lavinesh

TOUR GATEH D’TRANUNG 2022 BERMULA HARI INI

TOUR GATEH D’TRANUNG 2022 BERMULA HARI INI

March 21, 2022 3:09 am

KUALA TERENGGANU, 21 Mac 2022 – Majlis Memperkenal Penaja dan Peserta Kejohanan Berbasikal Tour Gateh D’Tranung yang diadakan semalam disempurnakan oleh Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri. Kejohanan berbasikal tersebut bermula hari ini hingga 25 Mac 2022 di Kuala Terengganu.

Peringkat 1 kejohanan berbasikal Tour Gateh D’Tranung 2022 bermula hari (21 Mac) yang menyaksikan persaingan bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di Besut dengan jarak sejauh 140km.

Pada upacara perasmian tersebut ia diumumkan bahawa sebanyak 156 pelumba daripada 26 pasukan yang beraksi dalam kejohanan berbasikal itu. Ia termasuk 17 pasukan bertarad profesional dan sembilan pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang mewakili negeri masing-masing pada kejohanan itu nanti.

Turut hadir pada upacara perasmian tersebut adalah Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MSNTerengganu #PLTB #JelajahTerengganu #TourGetahDTranung2022 #berbasikal #kejohanan #terengganu

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Tour Gateh D’Tranung