lavinesh

SENARAI 20 PEMAIN HOKI SKUAD PROJEK KHAS WANITA KEBANGSAAN DIUMUMKAN

SENARAI 20 PEMAIN HOKI SKUAD PROJEK KHAS WANITA KEBANGSAAN DIUMUMKAN

March 22, 2022 3:23 am

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Menjelang Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Wanita 2021 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 12 April 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan, Nasihin Nubli Ibrahim, Pengendali Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan telah mengumumkan senarai 20 pemain yang akan menyertai skuad tersebut.

Nasihin Nubli Ibrahim berkata, “TNB MHL 2022 adalah pentas pemilihan pemain bagi Skuad Piala Dunia Remaja Wanita di Afrika Selatan pada awal April ini. Barisan kejurulatihan Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan telah membuat penilaian daripada pelbagai sudut untuk melengkapkan senarai 20 pemain yang mantap.”

“Beberapa pemain yang bukan dari Skuad Projek Khas Hoki Wanita juga telah diperhatikan dari bermulanya TNB MHL 2022 dan pemain-pemain tersebut telah mencapai tahap kualiti yang baik untuk dipilih ke Kejohanan Piala Dunia Remaja Wanita 2021.”

“Kriteria pemilihan adalah pertama sekali kami melihat kepada tahap kualiti teknikal skil pemain-pemain bagi mudah untuk mereka menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan serta tempo permainan yang pantas terutamanya di peringkat yang tinggi.”

“Kemahiran membuat keputusan di dalam padang juga merupakan satu kelebihan yang diambil kira selain usaha yang ditunjukkan mereka ketika di dalam perlawanan. Kelebihan bermain baik di posisi spesifik juga telah banyak mempengaruhi proses pemilihan supaya tiada banyak perbezaan keupayaan pemain kesebelasan utama dan pengganti,” kata beliau.

Senarai 20 Pemain Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan adalah seperti berikut:

  1. Siti Zalia Binti Nasir
  2. Mashitah Binti Ab Khalid
  3. Nurul Faezah Shafiqa Binti Khalim
  4. Iren Binti Hussin
  5. Nurul Fatin Fatiah Binti Azman
  6. Dayang Nuramirah Binti Abang Mahadini
  7. Putri Nur Batrisyia Binti Nor Nawawi
  8. Nur Nabila Alia Binti Yussaini
  9. Khairunnisa Ayuni Binti Mohd Shahruddin
  10. Nurmaizatul Hanim Shafi Binti Shiek Fuad
  11. Nur Insyirah Binti Effarizal
  12. Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun
  13. Kirandeep Kaur A/P Gurdip Singh
  14. Nuramirah Shakirah Binti Zulkifli
  15. Siti Nur Arfah Binti Mohd Nor
  16. Nur Atira Binti Mohamad Ismail
  17. Siti Zulaikha Binti Husain
  18. Nur Afiqah Syahzani Binti Azhar
  19. Elizaberth Epui Anak Martin
  20. Nurfatin Dizana Binti Mohd Zaidi

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MHC #TNBMHL2022 #FIH #Hoki #PialaDuniaRemajaWanita2021

Sumber : Malaysian Hockey Confederation

Sumber Gambar : Malaysian Hockey Confederation