BANGKOK, 22 MAC 2022 – Saingan 2022 Asia Cup-World Ranking Tournament, Stage I yang berlangsung di Bangkok, Thailand telah melabuhkan tirainya Sabtu lalu menyaksikan skuad memanah negara berjaya membawa pulang 1 pingat Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.
Emas tunggal disumbangkan oleh Zarif Syahiir menerusi acara Recurve Lelaki yang mana beliau turut meraih Gangsa dalam acara Recurve Berpasukan Lelaki manakala pingat Perak dan 2 lagi Gangsa diraih menerusi acara Compound Berpasukan Campuran, Recurve Berpasukan Campuran serta Recurve Wanita.
Difahamkan, selepas ini akan berlangsungnya Para-Archery World Ranking Event 2022 di venue yang sama menyaksikan penyertaan daripada 3 atlet para memanah negara, S. Suresh, Wiro Julin & Nur Jannaton.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.