lavinesh

ASN 2019/2020: AZIZULHASNI, TAN CHEONG MIN & S. SURESH DINOBAT ATLET TERBAIK NEGARA

ASN 2019/2020: AZIZULHASNI, TAN CHEONG MIN & S. SURESH DINOBAT ATLET TERBAIK NEGARA

March 23, 2022 5:21 am

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Majlis pengiktirafan tertinggi untuk sukan tanah air iaitu Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 telah berlangsung semalam di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Majlis tersebut menyaksikan penobatan Datuk Mohd Azizulhasni Awang, jaguh berbasikal trek negara sebagai Olahragawan dan Tan Cheong Min, atlet wushu kebangsaan sebagai Olahragawati Kebangsaan, serta S. Suresh, atlet para memanah sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.

ASN 2019/2020 telah diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia juga turut hadir pada majlis tersebut.

Dalam ucapan Dato’ Sri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan, beliau berkata, “Gabungan pengiktirafan dua tahun ini, jadi bukti terhadap keazaman untuk tidak membenarkan pandemik COVID-19, menghapuskan pengiktirafan terhadap memori pencapaian gemilang yang sudah terhasil.”

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama Majlis Sukan Negara (MSN) telah memutuskan untuk menggabungkan anjuran ASN 2019 bersama ASN 2020 susulan penularan pandemik COVID-19. 

Sementara itu, bagi kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, tiada atlet yang dipilih untuk meraih gelaran tersebut.

 

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2019/2020 adalah seperti berikut:

Olahragawan Kebangsaan – Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal)

Olahragawati Kebangsaan – Tan Cheong (wushu)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – S. Suresh (memanah para)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Tiada Pemenang

Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan – Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek (tenpin bowling)

Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan – Datuk Pandelela Rinong, Datuk Leong Mun Yee (terjun seirama wanita)

Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan – Marzuki Zakaria (memanah para)

Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan – Nor Hashimah Ismail (boling padang)

Anugerah Tokoh Sukan – Datuk Sieh Kok Chi

Anugerah Kepimpinan Sukan – Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong (bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara), Datuk S Vegiyathuman (Kesatuan Olahraga Malaysia), Kamaruzaman Kadir (Persatuan Powerlifting Para Malaysia)

Anugerah Khas – Persatuan Hoki Negeri Perak (Piala Sultan Azlan Shah), Sekolah Kebangsaan Lemoi dari Cameron Highlands, Pahang, Kelab Penyokong Malaysia Famemas

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #TeamKBS #MSN #ASN2019 #ASN2020 #AnugerahSukanNegara

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Kementerian Belia dan Sukan