PORT DE POLLENCA, 23 MAC 2022 – Bendera Malaysia berkibar dengan megah di bumi Sepanyol Ahad lalu selepas pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy muncul juara Piala Eropah EurlLCA 2022 di Port de Pollenca.
Berdasarkan data daripada laman web kejohanan https://eurilca.org, jumlah 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan berjaya dikutip oleh pelayar kelahiran Selangor itu sekali gus menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7.
Sementara itu, tempat kedua jadi milik pelayar Argentina, Agustín Vidal dengan perbezaan satu mata antara pemenang tempat ketiga Gonzalo Suarez dari kelab Sepanyol Nautico Altea yang merupakan juara kategori Bawah-21.
Olympian Malaysia yang pernah beraksi di temasya London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020 berusia 28 tahun ini juga turut berjaya membawa pulang pingat perak di Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi yang berlangsung awal bulan ini.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.