haziq

SUKAN SEA VIETNAM : 8 EMAS JADI SASARAN SKUAD TERJUN NEGARA

SUKAN SEA VIETNAM : 8 EMAS JADI SASARAN SKUAD TERJUN NEGARA

March 24, 2022 4:06 am

KUALA LUMPUR, 24 MAC 2022 – Skuad terjun negara menyasarkan untuk membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan Sea Hanoi yang dijadual berlangsung 12-23 Mei ini yang mana ia dilihat sebagai tugas mencabar.

Susulan kejayaan barisan penerjun negara menyapu bersih kesemua empat pingat emas yang ditawarkan pada edisi 2019 di Filipina maka sasaran kali ini dilihat mampu dicapai menurut pembantu jurulatih skuad terjun kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee.

“Di Vietnam ada acara yang lebih (berbanding edisi 2019) iaitu sebanyak lapan acara, sasaran kita memang untuk dapatkan lapan pingat emas,” jelas beliau.

Bekas atlet terjun negara berusia 37 tahun itu akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai pembantu jurulatih pada 1 April ini dan beliau dedahkan persediaan pasukan negara kini berjalan lancar.

Selain acara 10 meter (m) platform seirama wanita yang dilihat sebagai ‘favourite’, acara lain yang turut dipertandingkan di Hanoi ialah 10m platform seirama lelaki, 3m papan anjal seirama lelaki dan wanita; 3m papan anjal individu lelaki dan wanita serta 1m papan anjal individu lelaki dan wanita.

Nur Dhabitah Sabri dan atlet muda Kimberly Bong sebelum ini turut disebut-sebut oleh Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS) Mae Chan untuk berpasangan dengan Pandelela dalam acara 10m platform seirama.

Terdahulu, Mun Yee ditemui selepas beliau dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong memenangi anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan di Anugerah Sukan Negara 2019/2020 yang berlangsung pada Selasa.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #SukanSEAVietnam2022 #MalaysiaDiving #Terjun #DemiMalaysia

Sumber : Sinar Harian

Sumber Gambar : Datuk Leong Mun Yee