haziq

KEJOHANAN TRI-SIRI MEDAN UJI KEKUATAN SKUAD KRIKET NEGARA

KEJOHANAN TRI-SIRI MEDAN UJI KEKUATAN SKUAD KRIKET NEGARA

March 25, 2022 4:11 am

KUALA LUMPUR, 25 MAC 2022 – 28 Mac hingga 4 April ini pasukan kriket kebangsaan Twenty20 (T20) akan turun beraksi di kejohanan Siri Tiga Negara Nepal yang diadakan di Tribhuvan University International Cricket Ground di Kirtipur, Nepal.

Saingan tersebut dilihat agar getir buat skuad negara memandangkan Nepal dan Papua New Guinea berada pada ranking lebih baik iaitu 13 dan 19 berbanding Malaysia yang kini berada pada ranking ke-33 dalam Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) T20.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) semalam, penyertaan dalam Tri-Siri itu adalah salah satu cara mempromosi kriket ke seluruh dunia yang mana ia akan menyaksikan penyertaan lebih ramai pemain dari pelbagai etnik.

Sementara itu, Skipper Ahmad Faiz Mohammad Noor juga akui beliau dan dan rakan sepasukan kini sudah bersedia untuk menghadapi pertandingan tersebut selepas melakukan persiapan rapi.

“Kita tidak sabar untuk membawa pulang Piala Kejohanan kembali ke Malaysia. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong penyertaan pasukan (ke kejohanan itu).

Menariknya, kesemua perlawanan Tri-Siri bagi edisi kali ini akan ditayangkan secara langsung di Saluran 802 Astro Arena membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dan warga asing yang tinggal di Malaysia untuk menonton perlawanan itu menurut Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali.

Skuad negara turut dijadualkan untuk menyertai Kejohanan Polo Club yang julung kali diadakan di Bhairahawa, Nepal dari 8 hingga 16 April depan dan kejohanan itu akan turut disertai pasukan Liga Premier seperti India, Nepal dan Bangladesh.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Trinationseries #Cricket #MCA

Sumber : Persatuan Kriket Malaysia (MCA)

Sumber Gambar : Persatuan Kriket Malaysia (MCA)