haziq

SUKAN SEA : SYED AGIL & JAWAIRIAH MAHUKAN PINGAT DI HANOI

SUKAN SEA : SYED AGIL & JAWAIRIAH MAHUKAN PINGAT DI HANOI

March 25, 2022 4:09 am

KUALA LUMPUR, 25 MAC 2022 – Dua bintang tenis negara, Syed Mohd Agil Syed Naguib dan Jawairiah Noordin meletakkan harapan & impian untuk memburu pingat buat kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi, Mei depan.

Misi itu dilihat amat jelas selepas kegagalan skuad tenis negara yang pulang tangan kosong sewaktu edisi yang lalu di Filipina pada 2019.

Difahamkan, ketika ini Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) meletakkan sasaran untuk dua pemain tersebut memenangi pingat gangsa dalam acara beregu campuran.

“Saya akan bermain dalam acara berpasukan, beregu lelaki dan beregu campuran.

“Dalam acara beregu campuran, saya akan bergandingan dengan Jawairiah Noordin, kami sudah lama beraksi bersama dan berkeyakinan dalam acara ini.

“Sebelum ini, kami mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan pingat tetapi Insya-Allah, dalam temasya yang akan datang ini, kami akan bermain dengan lebih baik,” jelas Syed Agil.

Sementara itu Jawairiah yang kini berusia 31 tahun akui acara terbaiknya adalah beregu wanita dan beregu campuran yang mana dia juga sudah bergandingan dengan Syed Agil sejak 2011.

“Untuk beregu campuran kerana saya sudah lama bergandingan dengan Syed Agil, jadi kami boleh memberikan saingan yang terbaik.

“Sasaran kami adalah satu pingat kerana sebelum ini kami tersingkir dalam suku akhir dan hampir layak ke separuh akhir.

“Harapan saya di Vietnam adalah untuk melangkaui pingat gangsa kerana saya sudah ada banyak koleksi pingat gangsa, jadi sama ada perak atau emas,” tambahnya.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #SukanSEAVietnam2022 #Tennis #LTAM

Sumber : Stadium Astro

Sumber Gambar : Alchetron / The Star