PHUKET, 25 MAC 2022 – Selepas menduduki tempat kedua pusingan kelayakan, kini atlet para negara S Suresh berjaya mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir acara recurve lelaki apabila mengumpul 611 mata dalam Kejohanan Memanah-Para Phuket 2022 di Thailand.
Dengan 299 mata yang dikumpul melalui panahan pada jarak 70 meter (m) dalam set pertama dan 312 mata pada set kedua maka pemanah berusia 28 tahun itu hanya lima mata ketinggalan berbanding tempat pertama yang dihuni pemanah Thailand, Hanreuchai Netsiri.
Kedudukan ketiga pula turut diisi oleh pemanah tuan rumah iaitu Pornchai Phimthong dengan jumlah mata keseluruhan 571.
Suresh akan turun beraksi di peringkat separuh akhir pada Sabtu ini, berdepan Phimthong yang mana kejayaannya merangkul gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Selasa lepas dilihat sebagai pembakar semangat.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.