PEKAN, 29 MAC 2022 – Buat kali ketiga berturut-turut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan sebagai juara Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) yang mana merupakan ‘hat-trick’ sejak dari edisi 2018, 2019 dan 2022.
Temasya yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari 24-27 Mac ini menyaksikan UiTM merangkul 13 pingat emas, tujuh perak dan lapan gangsa dan ia kembali diadakan secara fizikal selepas terhenti akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021.
Empat pingat emas masing-masing dari sukan pentaque dan memanah diraih UiTM manakala selebihnya daripada sukan silat, catur dan taekwondo.
Sementara itu, tempat kedua jadi milik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya meraih lapan pingat emas dan masing-masing empat perak dan gangsa dan ketiga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.
Pengarah Pusat Sukan UiTM Jalaluddin Hussin dalam kenyataannya berkata, UiTM kini berada di landasan yang betul untuk diletakkan sebagai ‘Globally Renowned University’ pada 2025 menerusi kejayaan itu dan beliau berharap ianya dapat dikekalkan dalam Karnival Sukan Institut Pengajian Tinggi sekitar Ogos depan.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.