haziq

MALAYSIAN TIGRESS HADAPI 2 AKSI PEMANAS BADAN

MALAYSIAN TIGRESS HADAPI 2 AKSI PEMANAS BADAN

March 30, 2022 4:26 am

KUALA LUMPUR, 30 MAC 2022 – Skuad The Malaysian Tigress akan menghadapi dua aksi persahabatan bermula hari ini sebagai persiapan mengharungi Piala Dunia Remaja 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan yang akan membuka tirai pada 1 hingga 12 April ini.

Ukraine akan menguji kekuatan anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim hari ini sebelum mereka dijadual bertemu kelab dari tuan rumah esok.

“Perlawanan ini amat penting untuk pasukan negara menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan cuaca di sana (Afrika Selatan),” jelas Mohd Nasihin.

Skuad negara juga dilihat semakin serasi antara pemain senior dan junior selepas mereka telah mengharungi beberapa perlawanan persabahatan sebelum berlepas baru-baru ini.

“Saya nampak mereka memberi semangat sesama sendiri, bukan sahaja semasa perlawanan persahabatan, namun ketika sesi latihan dan ia amat positif untuk pasukan.

“Saya pasti mereka akan melakukan yang terbaik dan membawa pulang sesuatu yang positif di sana,” tambah beliau.

Dalam edisi kesembilan kali ini, Malaysia yang menghuni ranking ke-20 dunia akan menyertai Belanda selaku pasukan No 1 dunia diikuti England (kedua), Argentina (ketiga), Jerman (kelima) dan India (kesembilan).

Turut mengambil bahagian Korea Selatan (ke-11 dunia), Ireland (ke-12), Kanada (ke-13), Amerika Syarikat (ke-15), Afrika Selatan (ke-16), Rusia (ke-22), Wales (ke-23), Uruguay (ke-26), Ukraine (ke-28), dan Zimbabwe (ke-54).

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MHC #MalaysianTigress #JWC2021

Sumber :  Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)

Sumber Gambar :  Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)