KUALA LUMPUR, 30 MAC 2022 – Kejohanan Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours 2022 telah berlangsung minggu lalu di Kompleks Sukan Negara menyaksikan gelaran juara jadi milik pasukan lawn bowls Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM yang diwakili oleh Farah Irdina Azmi, Muhammad Alif Saufi Shaifudin, Mohammad Lokman Mohd Isa dan Mohd Nur Shahrin Jamaluddin berjaya menumpaskan pasukan Dami’s Properties Club di final dengan keputusan 11-9.
Ternyata saingan amat sengit memandangkan Dami’s Properties Club dibarisi oleh rata-rata bekas pemain SUKMA Selangor namun kemenangan berpihak kepada UiTM yang membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 serta piala pusingan selain turut dinobatkan sebagai pasukan terbaik.
Sementara itu, tempat ketiga jadi milik SUKMA Sabah (B) dan MPK selepas kedua-dua pasukan itu tumpas di separuh akhir.
Sebanyak 51 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang mana ianya terdiri daripada pasukan negeri, persatuan sukan, kelab sukan, jabatan kerajaan, universiti dan pasukan SUKMA negeri seperti SUKMA Sabah, Sarawak, Universiti Malaya (UM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.