FUTSAL AFF : MALAYSIA SEDIA PAMER BELANG WALAUPUN TEMPANG
FUTSAL AFF : MALAYSIA SEDIA PAMER BELANG WALAUPUN TEMPANG
March 31, 2022 2:08 am
KUALA LUMPUR, 30 MAC 2022 – Kejohanan Futsal AFF 2022 di Thailand akan membuka tirainya Sabtu ini menyaksikan skuad futsal negara berdepan satu lagi tamparan iaitu kehilangan khidmat Ahmad Aqil Khalis Adli Khairuz akibat kecederaan lutut.
Pengesahan itu diumumkan oleh ketua jurulatih, Chiew Chun Yong yang mana beliau turut akui situasi tersebut turut merencatkan perancangannya.
“Malang sekali kerana dia merupakan tonggak kami tapi dilanda kecederaan MCL ketika berlatih.
“Ini kali pertama terpilih untuk skuad kebangsaan tapi kecederaan datang tidak tepat pada masanya.
Daripada senarai 16 pemain dibawa ke Bangkok turut menyaksikan Chun Yong menyenaraikan enam muka baru yang membuat ‘debut’ dalam kempen kali ini namun skuadnya kini bersedia turun dalam perlawanan pertama menentang Kemboja.
“Persiapan penting khususnya ketika berdepan Thailand dan Indonesia.
“Kedua-dua negara ini adalah seteru utama kami dan sudah pasti kami fokus kepada satu persatu perlawanan.
“Saya tidak boleh desak pemain untuk menyerap segalanya serentak. Saya perlu bentuknya secara berperingkat agar tidak mengelirukan mereka,” tambah beliau.
Terdahulu, penundaan tarikh berangkat dilaporkan sedikit sebanyak mengganggu perancangan dan persiapan Chun Yong yang kesuntukkan masa membentuk keserasian antara pemain termasuk aspek taktikal.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.