haziq

SOH WAI CHING TAWAN THREE ALLEN CENTER

SOH WAI CHING TAWAN THREE ALLEN CENTER

April 4, 2022 3:57 am

HOUSTAN, 4 APRIL 2022 – Nama Malaysia kekal megah dibawa oleh pelari menara negara, Soh Wai Ching selepas beliau sekali lagi berjaya menjuarai Big Climb Houston di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu yang mana ia merupakan kemenangannya ke-18 tanpa kalah.

Pelari berusia 27 tahun itu dilaporkan merakam masa 5:21 minit bagi larian 50 tingkat dan 1,065 anak tangga bangunan Three Allen Center yang terletak di tengah bandaraya Houston sekali gus memecahkan rekod terdahulu 6:42 minit.

“Terima kasih kepada Big Climb Houston kerana menerima saya dalam pertandingan ini. 

“Saya sangat gembira apabila berjaya memecahkan rekod lapangan iaitu enam minit 42 saat kepada lima minit 21 saat.

“Lokasi pertandingan yang sangat menarik dan saya suka tangga di Three Allen Center,” katanya.

Malcolm Burleson, pelari Amerika Syarikat muncul pemenang tempat kedua dengan catatan masa 5:48 minit sementara Douglas Schroeder di tangga ketiga dengan catatan 7:50 minit.

Kini Wai Ching yang juga lepasan jurusan Sains Sukan Universiti Malaya mensasarkan untuk  mengekalkan rekod tanpa kalahnya pada pertandingan seterusnya 9 April ini iaitu Fight For Air Climb San Francisco (555 California St, San Francisco).

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MasTowerRunner #BigClimbHouston #Towerrunning #StairsClimbing

Sumber : Soh Wai Ching

Sumber Gambar : Soh Wai Ching