haziq

AFF FUTSAL : SLOT KE SEPARUH AKHIR KIAN SAMAR BUAT MALAYSIA

AFF FUTSAL : SLOT KE SEPARUH AKHIR KIAN SAMAR BUAT MALAYSIA

April 5, 2022 3:22 am

BANGKOK, 5 APRIL 2022 – Impian untuk melihat skuad futsal negara mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Bangkok kian samar selepas Malaysia tumpas 1-5 kepada musuh tradisi Indonesia semalam.

Perlawanan tampak sengit dan seimbang dalam aksi di babak pertama yang mana kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati dan saling berbalas serangan namun masih terikat 0-0.

Bersambung babak kedua, Indonesia tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pendahuluan menerusi Holypaul Septinus Soumilena pada minit ke-21 sebelum Ridzwan Bakri menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-22.

Bagaimanapun, benteng negara bocor sekali lagi pada minit ke-29 hasil jaringan Firman Adriansyah sekali gus tampak memberi tekanan buat anak buah Chiew Chun Yong.

Soumilena terus menjadi duri dalam daging buat Malaysia apabila beliau menyumbat gol kedua pada minit ke-35 menjadikan kedudukan 3-1 sebelum Ardiansyah Nur terus menghukum taktikal ‘Power Play’ skuad negara dengan dua lagi jaringan.

Setakat ini, Malaysia hanya berjaya mengutip tiga mata selepas dua aksi berdepan Kemboja dan Indonesia dalam Kumpulan A tatkala kemenangan sahaja perlu dicari dalam pertemuan menentang Brunei hari ini dan Thailand esok bagi menghidupkan mara ke peringkat seterusnya.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #AFFFutsal2022 #FAM #HarimauMalaya

Sumber : FAM

Sumber Gambar : AFF / FAM