lavinesh

PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON KEMBALI PADA AKHIR TAHUN INI

PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON KEMBALI PADA AKHIR TAHUN INI

April 5, 2022 1:46 am

GEORGE TOWN, 5 April 2022 – Acara sukan tahunan yang sangat dinanti-nantikan dan terbesar di Utara Semenanjung Malaysia – ‘Penang Bridge International Marathon’ (PBIM) membuat kemunculan semula dengan acara larian fizikal selepas berehat selama 2 tahun.

YB Yeoh Soon Hin, Pengerusi PBIM telah mengumumkan bahawa PBIM edisi 2022 akan berlangsung pada 11 Disember 2022 di tempat yang sama sejak perasmiannya iaitu Jambatan Pulau Pinang.

“Sejak 2 tahun lalu, PBIM menyesuaikan diri dengan pandemik COVID-19 dan bertukar menjadi maya. Walaupun inisiatif itu membuktikan kejayaan yang luar biasa, kami amat berbesar hati kerana pelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) telah membolehkan untuk kembalinya marathon fizikal,” kata beliau.

Untuk pengetahuan, edisi tahun ini yang telah dihadkan kepada seramai 25,000 pelari yang mana akan menyaksikan acara Full Marathon (42km), Half Marathon (21km) dan 10km Run (Open/Junior) diadakan, manakala acara 5km Fun Run tidak akan dianjurkan untuk menjamin kawalan orang ramai yang lebih baik.

Di samping itu, pendaftaran awal bermula semalam (4 April) hingga 30 April untuk 5,000 pelari pertama tanpa mengira kategori. “Pelari yang mendaftar untuk PBIM 2020 akan didaftarkan secara automatik untuk PBIM 2022 tanpa sebarang caj tambahan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka,” kata Yeoh.

Yeoh juga mengumumkan bahawa perkhidmatan kurier untuk kit perlumbaan adalah percuma disediakan untuk semua pelari yang tinggal di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #PBIM #PBIM2022 #ExperiencePenang #marathon #larian #Penang

Sumber : Penang Marathon

Sumber Gambar : Penang Marathon