SUKAN SEA : MALONEY RANCANG AKSI PERSAHABATAN BUAT HARIMAU MUDA
SUKAN SEA : MALONEY RANCANG AKSI PERSAHABATAN BUAT HARIMAU MUDA
April 5, 2022 3:27 am
KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2022 – Beberapa aksi persahabatan sudah direncanakan buat skuad Harimau Muda negara hujung bulan ini sebagai persiapan menyertai temasya Sukan SEA Hanoi yang akan berlangsung Mei nanti.
Menurut pengesahan daripada Brad Maloney, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), anak buahnya akan berdepan beberapa pasukan luar negara dalam aksi persahabatan itu namun segalanya masih tertakluk persetujuan negara tersebut memandangkan perlawanan itu berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Setakat ini kita merancang memanggil para pemain untuk menyertai kem latihan kebangsaan pada April dua atau tiga minggu sebelum kejohanan. Dalam tempoh tersebut mungkin kami akan adakan dua atau tiga perlawanan persahabatan.
“Keutamaan kami ketika ini adalah untuk mengadakan perlawanan menentang pasukan luar. Jadi kini kami sedang mencari beberapa pasukan untuk datang bermain menentang pasukan kita.
“Sebab ia bukan senang untuk mencari pasukan memandangkan ia luar daripada kalendar FIFA. Bagaimanapun kami akan cuba yang terbaik untuk merealisasikannya,” jelas beliau.
Maloney juga akui beliau sudah berbincang dengan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengenai proses pemilihan pemain dan buat masa ini, beliau akan mengutamakan skuad senior yang mempunyai misi lebih besar iaitu kelayakan Piala Asia.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.