haziq

1 PINGAT EMAS JADI BURUAN SKUAD BADMINTON NEGARA DI HANOI

1 PINGAT EMAS JADI BURUAN SKUAD BADMINTON NEGARA DI HANOI

April 6, 2022 2:59 am

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2022 – Walaupun dibarisi rata-rata pemain muda namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang akan membuka tirainya 12 Mei depan.

Menerusi satu sidang media Kontinjen Malaysia di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil semalam, Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek berkata sasaran tersebut diletakkan pada pasukan lelaki namun beliau tidak mendedahkan acara yang disasar yang mana ianya dipengaruhi oleh tahap kekuatan skuad negara yang meletakkan kombinasi pemain remaja dan pelapis.

“Saya lihat ini masanya untuk kita kedepankan (tonjolkan) pemain muda seperti Justin (Justin Hoh), Ong (Xin Yee) dan Siti (Siti Nurshuhaini Azman) supaya pada masa akan datang kita ada pelapis yang boleh menggalas cabaran Malaysia.

“Jadi pada saya, apa boleh kita harapkan adalah kalau dulu kita dapat tiga emas, kali ini kita harapkan satu emas daripada pasukan lelaki, itu berdasarkan sasaran yang ditetapkan,” jelas beliau.

Difahamkan, keputusan BAM menghantar skuad ‘muda’ ke Hanoi adalah disebabkan temasya sukan dwitahunan itu bertindih dengan kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber yang akan bermula 8 hingga 15 Mei depan.

Untuk rekod, tiga pingat emas berjaya diraih skuad badminton negara dalam edisi yang lalu di Filipina pada 2019 menerusi Lee Zii Jia, S. Kisona dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita serta beregu lelaki.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #BadmintonMalaysia

Sumber : BAM 

Sumber Gambar : BAM TV