haziq

ISTAF IKTIRAF MSC

ISTAF IKTIRAF MSC

April 6, 2022 3:02 am

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2022 – Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader semalam umumkan pihaknya kini telah mengiktiraf Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai ahli gabungan berkuatkuasa kelmarin.

Difahamkan, keputusan berkenaan diputuskan dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang turut diadakan semalam.

“Jawatankuasa Eksekutif ISTAF mendengar pembentangan dari Timbalan Presiden, Boonchai Lorhpipat dan juga Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman, ini termasuklah dari sudut dokumen dan juga lisan.

“Sejurus itu, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF bersetuju menerima MSC sebagai ahli ISTAF dengan berkuatkuasa 4 April 2022. ISTAF juga meletakkan beberapa ‘aku janji’ untuk MSC tunaikan.

“ISTAF dengan ini hanya menerima MSC sebagai satu-satunya badan urus tadbir dan badan yang mengawal sepak takraw di Malaysia,” jelas Abdul Halim dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, sebagai tanda hormat dan hubungan baik antara ISTAF dan Malaysia, makluman tersebut turut bertujuan sebagai penghargaan kepada ASTAF dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas bantuan diberikan.

“Mari kita bekerja dan terus menuju ke hadapan dalam semangat perpaduan demi kemajuan sukan kita – sepak takraw,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #ISTAF #MSC #ASTAF #Sepaktakraw

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : ISTAF