lavinesh

MALAYSIA BERPESTA GOL TUMBANGKAN BRUNEI

MALAYSIA BERPESTA GOL TUMBANGKAN BRUNEI

April 6, 2022 2:30 am

KUALA LUMPUR, 6 April 2022 – Setelah kekalahan Malaysia 1-5 kepada musuh tradisi Indonesia pada hari Isnin, anak buah Chiew Chun Yong berjaya bangkit dengan penuh semangat dalam perlawanan menentang Brunei iaitu menang 10-0 semalam pada Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 yang sedang berlangsung di Bangkok Thailand.

Gol pembuka tirai perlawanan tersebut dijaringkan oleh Ekmal Shahrin pada minit ke-8. Sepuluh minit kemudian, gol kedua Malaysia dicipta apabila Jumatatulaleshahrezan Metali dari Brunei tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada percubaan deras Abu Haniffa. 

Separuh masa kedua menyaksikan semangat skuad Malaysia semakin membara tinggi dengan lapan jaringan gol. Sufri Shamil menjaringkan dua gol pada minit ke-21 dan ke-22. Pesta jaringan gol bagi pasukan Malaysia semakin rancak dengan jaringan gol oleh Abu Haniffa dan Muhammad Farhan Khairul Anuar berturut-turut pada minit ke-33. Gol ketujuh Malaysia dijaringkan oleh Ekmal Shahrin pada minit ke-34. 

Kehebatan Joshua Lee juga disaksikan dalam perlawanan tersebut apabila dia berjaya meledak dua gol dalam masa satu minit pada minit ke-37. Manakala, gol terakhir perlawanan itu dijaringkan oleh Aidil Shahril Rosli pada minit ke-38.

Untuk pengetahuan, Malaysia masih menduduki tempat ketiga dalam carta Kumpulan A walaupun meraih kemenangan besar ke atas Brunei dan mengutip 3 mata lagi. Hanya satu lagi kemenangan ‘wajib’ perlu diraih oleh skuad negara ke atas Thailand hari ini untuk memastikan slot ke separuh akhir.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal #Futsal #Malaysia

Sumber : mySukan TV

Sumber Gambar : Football Association of Malaysia