SPEEDY TIGERS INTAI SLOT AUTOMATIK KE PIALA DUNIA 2023
SPEEDY TIGERS INTAI SLOT AUTOMATIK KE PIALA DUNIA 2023
April 7, 2022 3:31 am
KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2022 – Sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia di Jakarta, Indonesia bermula 23 Mei hingga 1 Jun depan, skuad hoki kebangsaan dilaporkan bakal menjalani latihan di luar negara dalam masa terdekat.
Tatkala kejohanan Piala TNB baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini maka skuad kendalian Arul Selvaraj dilihat tidak akan berdepan masalah kecergasan yang mana ianya mampu diterjemahkan dengan aksi terbaik di Jakarta nanti.
Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal, kejohanan Piala Asia itu amat penting kerana ia menawarkan slot ke Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di India, Januari tahun depan.
“Kecergasan pemain-pemain kita sudah berada di tahap terbaik, jadi Arul akan bawa mereka menjalani latihan di luar negara bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi saingan Piala Asia di Jakarta nanti.
“Selepas itu, mereka akan pulang ke tanah air dan buat sedikit persediaan sebelum berlepas ke Jakarta. Pada Piala Asia nanti, empat pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Piala Dunia di India tahun depan,” jelas beliau.
Speedy Tigers akan bersaing bersama 7 lagi negara di Jakarta nanti iaitu Indonesia, India, Jepun, Bangladesh, Oman, Pakistan dan Korea Selatan sekali gus merebut gelaran ‘Raja Hoki Asia’
Pencapaian terbaik pasukan negara dalam kejohanan itu adalah semasa edisi 2007 di India yang mana Malaysia menduduki tempat ketiga selepas menumbangkan Jepun 5-3 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.