lavinesh

CHEE HOONG LEE & ANGELINE ANAK LAWAS HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI ZAGREB

CHEE HOONG LEE & ANGELINE ANAK LAWAS HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI ZAGREB

April 8, 2022 2:14 am

ZAGREB, 8 April 2022 – Pertandingan individu Pencabar Boccia Dunia Zagreb 2022 telah berakhir dengan upacara penyampaian pingat telah berlangsung semalam di Zagreb, Croatia. Pertandingan tersebut telah menyaksikan dua atlet boccia negara iaitu Chee Hoong Lee meraih pingat emas bagi kategori BC 2 Lelaki dan Angeline Melissa  Anak Lawas raih pingat gangsa bagi kategori BC 1 Wanita.

Bagi kategori BC 2 Lelaki, Chee Hoong Lee berjaya menumbangkan atlet ranking ke-10 dunia, Francis Rombouts dari Belgium 5-1 pada pusingan akhir untuk meraih pingat emas. Manakala, tempat ketiga diraih oleh Marcela Cermakova dari Czech Republic setelah beliau menewaskan Josef Zabka juga dari Czech Republic 5-2.

Saingan kategori BC 1 Wanita telah menyaksikan Angeline Melissa Anak Lawas meraih pingat gangsa, manakala, Dora Basic dari Croatia merangkul gelaran juara dan diikuti oleh Barbara Skopalova dari Czech Republic raih pingat perak.

Untuk pengetahuan, ini adalah pertandingan Pencabar Antara Benua pertama sejak perubahan dalam sistem pertandingan, menggantikan pertandingan Terbuka Serantau yang lama. Pertandingan baharu ini menjadi tuan rumah kepada negara dari rantau berbeza dan seperti yang berlaku pada Kejohanan Serantau pada 2021, menganjurkan pertandingan individu berasingan untuk lelaki dan wanita, dengan jumlah 27 atlet wanita dan 37 atlet lelaki.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #WorldBoccia #Boccia #atletpara #Zagreb2022 #WorldBocciaChallenge

Sumber : mySukan TV

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara