haziq

SUKAN SEA : FILIPINA SETERU BAHARU BUAT SKUAD GIMNASTIK NEGARA

SUKAN SEA : FILIPINA SETERU BAHARU BUAT SKUAD GIMNASTIK NEGARA

April 8, 2022 3:37 am

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 – Hadir dengan reputasi pemenang 4 pingat emas dalam edisi lalu maka cabaran getir menanti skuad gimnastik artistik wanita negara pada temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan berikutan Filipina dilaporkan menghantar barisan atlet naturalisasi dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, laungan keyakinan tetap disuarakan oleh ketua jurulatih gimnastik artistik wanita negara, Ng Shu Wai yang menyifatkan anak buah­nya mampu memberi saingan dalam temasya itu nanti.

“Pada edisi 2019, kita berjaya membawa pulang empat pi­ngat emas menerusi Farah Ann dan Tracie. Jadi disebabkan ketiadaan mereka berdua, kita hanya menghantar atlet junior untuk dapat pengalaman.

“Sasaran kita pada Sukan SEA kali ini sekurang-kurang­nya meraih satu pingat emas. Saya akui saingan kali ini tidak mudah kerana kita dimaklumkan bahawa Filipina menghantar empat atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat bertanding Sukan SEA kali ini.

“Meskipun kita menyenaraikan Farah Ann sekali pun, saya jangka bukan mudah untuk menang ke atas Filipina kerana mereka menghantar skuad terbaik mereka di Hanoi nanti,”

“Sepanjang lima tahun saya dalam skuad, ini adalah paling sukar. Meskipun bukan satu tugas mudah tetapi saya yakin skuad negara mampu melakukan terbaik, sekali gus membawa pulang emas,” jelas beliau sewaktu sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN).

Difahamkan, dua pingat emas disasarkan dalam acara individu serta rutin berpasukan menurut pengurus skuad gimrama negara, Toh Ai Lee tatkala skuad kali ini dibarisi muka baharu selepas persaraan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Tracie Ang.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #Gimnastik

Sumber : Majlis Sukan Negara (MSN)

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara (MSN)