KHAIRULNIZAM DUDUKI TEMPAT KE-27 DI KEJOHANAN PIALA DUNIA
KHAIRULNIZAM DUDUKI TEMPAT KE-27 DI KEJOHANAN PIALA DUNIA
April 11, 2022 3:28 am
KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2022 – Hujung minggu lalu kejohanan perahu layar Trofeo SAR Princess Sofea (Piala Dunia) telah melabuhkan tirainya menyaksikan pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 30 terbaik.
Kejohanan yang berlangsung di Palma de Majorca, Sepanyol itu menyaksikan beliau menduduki tempat ke-27 secara keseluruhan daripada 165 pelayar yang mengambil bahagian dalam kategori ILCA7.
Juara bagi kategori tersebut dirangkul oleh pelayar Great Britain, Michael Beckett yang juga meruapakan juara keseluruhan.
Menerusi hantaran dalam laman media sosialnya, Khairulnizam akui berpuas hati dengan persembahannya dan kini akan kembali ke Malaysia untuk mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Dunia pada Mei depan.
Pelayar kelahiran Selangor itu dilihat berada pada prestasi terbaik selepas muncul juara dalam kejohanan di Port de Pollenca, Sepanyol, bulan lalu termasuk meraih pingat perak di Kejohanan Asia yang berlangsung di Abu Dhabi serta mencatatkan keputusan baik di Grand Prix (GP) Portugal pada Februari lalu.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.