PASUKAN MALAYSIA AKHIRI TOUR OF THAILAND 2022 DI TEMPAT KE-3
PASUKAN MALAYSIA AKHIRI TOUR OF THAILAND 2022 DI TEMPAT KE-3
April 11, 2022 2:40 am
MUKDAHAN, 11 April 2022 – Kejohanan berbasikal “Tour of Thailand 2022” yang telah berakhir semalam telah menyaksikan beberapa atlet berbasikal wanita negara mencapai kejayaan lalu mengharumkan nama Malaysia di arena sukan berbasikal dunia. Kategori wanita tersebut telah berlangsung dari 8 hingga 10 April 2022 dimana pelumba basikal wanita telah menghadapi 3 Peringkat kejohanan itu yang merangkumi jarak sejauh 302.62 kilometer yang melalui sekitar wilayah Mukdahan dan Nakhon Phanom.
Semalam (10 April) merupakan pertandingan bagi Peringkat Ketiga iaitu peringkat terakhir bagi kategori Wanita. Laluan Peringkat Ketiga bermula dari Jambatan Persahabatan Thai-Laos Ke-2 melalui Pasar Indochina, Menara Mukdahan – Phu Pha Thoep, Masjid Pusat Mukdahan dan tamat di Jambatan Persahabatan Thai-Laos Ke-2, jaraknya adalah 83.30 kilometer.
Atlet berbasikal negara iaitu Nuraishah Zubir dan Yeong Zhen Yi masing-masing telah mengakhiri peringkat tersebut di tempat kedua dan tempat ketiga. Juara peringkat itu telah direbut oleh Captain Juthatip Maneephan dari Thailand. Manakala, Yeong Zhen Yi telah berjaya muncul meraih gelaran “Stage Best Young Rider” (B23).
Di samping itu, bagi kategori “Individual Time (Yellow Jersey)” telah menyaksikan saingan hebat antara tiga pelumba teratas dengan masa perbezaan masa yang kecil antara mereka. Juara bagi “Jersey Yellow” jatuh kepada Korporal Wanita Petchdarin Somrat, dari Thailand dengan catatan masa 7:48:17 jam dan diikuti oleh Hannah Seliger dari Australia dengan catatan masa 7:50:51 jam, manakala Siti Nuradibah Akma dari Malaysia meraih tempat ketiga dengan catatan masa 7:51:22
Juara bagi masa gabungan pasukan adalah Pasukan Wanita Thailand dengan catatan masa 23:36:33 jam; tempat kedua jatuh kepada pasukan Cycling Development Foundation dari Australia; dan Pasukan Kebangsaan Malaysia meraih tempat ketiga dengan catatan masa 23:43:25 jam.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.