KUALA LUMPUR, 12 April 2022 – Setelah kemelut yang melanda Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengakibatkan pengguguran keahlian PSM daripada Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), munculnya sebuah entiti baharu sepak takraw negara iaitu Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) bagi menyambungkan usaha pembangunan sukan tersebut dalam negara ini.
Walaupun, MSC telah menerima keahlian ASTAF secara rasmi pada 5 Mac 2022 dan juga telah menerima keahlian gabungan dari Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) pada 4 April 2022, namun Majlis Olimpik Malaysia masti belum memberikan pengiktirafan dan tawaran untuk menjadi ahli gabungan MOM.
Datuk Suhaili Abdul Rahman, Presiden MSC berkata, “Kita telah menulis surat seperti diarah, kita diminta mematuhi kriteria, jadi kita tunggu MOM saja… daripada MSC kita sudah penuhi semua arahan dan keperluan.”
Untuk pengetahuan, MSC pada ketika ini masih boleh menyertai kejohanan antarabangsa yang diiktiraf oleh ASTAF dan ISTAF walaupun MSC belum diterima sebagai ahli gabungan MOM. Tetapi, kekangan yang dihadapi oleh MSC adalah mereka tidak dapat membantu atlet mempersiapkan diri untuk temasya Sukan SEA dan Sukan Asia.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.