haziq

SUKAN SEA : ALIA HUSNA MAHU TUAI EMAS DI HANOI

SUKAN SEA : ALIA HUSNA MAHU TUAI EMAS DI HANOI

April 12, 2022 3:40 am

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2022 – Keyakinan untuk merebut pingat emas dilaungkan oleh penembak muda negara, Alia Husna Budruddin yang akan bertanding di temasya Sukan Sea Hanoi, Mei depan biarpun beliau hanya bertanding menerusi Kategori B.

Walaupun kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea, penembak berusia 21 tahun itu percaya persediaannya cukup untuk bertanding dalam acara 50 meter (m) rifle tiga posisi.

“Walaupun pertama kali bertanding di Sukan Sea, saya tetap menyasarkan pingat emas, biarpun bakal berhadapan pencabar hebat antaranya dari Singapura dan Thailand.

“Pengalaman meraih emas pada Kejohanan Asia Tenggara 2019 (SEASA 2019) di Jakarta, diharap dapat diulangi lagi di Vietnam nanti,” jelas beliau.

Alia Husna yang baru sahaja selesai mengikuti kem latihan pusat selama 2 minggu di Johor Bahru bulan lalu berjaya meraih enam pingat emas menerusi penyertaan dalam tiga acara termasuk 50m rifle tiga posisi pada Kejohanan Menembak Kebangsaan 2022 di Subang, pada 27 Mac lalu.

Penuntut tahun pertama Ijazah Sains Taman dan Rekreasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dijadual berlepas ke Hanoi pada 14 Mei depan sebelum melakukan ‘debut’ di temasya itu pada 16 Mei.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #Menembak

Sumber : Harian Metro

Sumber Gambar : Alia Husna Budruddin