lavinesh

MYANMAR & HONG KONG DIPILIH UJI TARING HARIMAU MALAYA

MYANMAR & HONG KONG DIPILIH UJI TARING HARIMAU MALAYA

April 13, 2022 1:51 am

KELANA JAYA, 13 April 2022 – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa menjelang perjuangan skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung pada 8 hingga 14 Jun 2022 nanti, skuad kebangsaan tersebut akan menentang Myanmar pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 iaitu dua perlawanan antarabangsa Tier 1 sebagai persiapan.

Untuk pengetahuan, bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya akan bertemu tiga pasukan dalam Kumpulan E iaitu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun. Misi skuad Harimau Malaya adalah untuk mendapatkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Pada masa kini, rancangan perlawanan persiapan dengan Myanmar dan Hong Kong akan berlangsung di Kuala Lumpur. Myanmar yang menduduki ranking ke-152 dunia akan berada di Malaysia untuk menjalani kem latihan pusat sebelum pasukan tersebut terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F. Manakala, pasukan Hong Kong yang menduduki ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk perlawanan dengan Harimau Malaya sebelum terbang ke Kolkata, India bagi saingan Kumpulan D.

Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Kebangsaan berkata, “Skuad Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini pada 19 Mei iaitu sejurus berakhirnya Hari Perlawanan 9 saingan Liga Super 2022 pada 18 Mei.”

“Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan pemanas badan menentang Myanmar dan Hong Kong ini diharap dapat memberi peluang dan ruang buat kami barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum kita berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.”

“Dengan kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan seterusnya dapat memberikan keputusan positif serta kejayaan yang kita semua harapkan,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #FAM #HarimauMalaya #PialaAsia2023 #Kelayakan #PusinganAkhir #KumpulanE #Myanmar #HongKong #bolasepak

Sumber : Football Association of Malaysia

Sumber Gambar : Football Association of Malaysia