haziq

ADAM KHALID MAHU CIPTA NAMA DI BRITISH GT SERIES

ADAM KHALID MAHU CIPTA NAMA DI BRITISH GT SERIES

April 14, 2022 3:59 am

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2022 – Pelumba negara, Adam Khalid telah selamat berlepas ke London, United Kingdom (UK) kelmarin untuk beraksi di litar di sana sekitar Ogos nanti bagi membuka peluang buat dirinya bersaing dalam musim penuh British GT Series tahun depan.

Pelumba berusia 24 tahun itu akan menyertai beberapa perlumbaan juga pada hujung tahun ini yang mana beliau berharap dapat menempatkan diri dalam kedudukan tiga teratas dalam setiap perlumbaan.

“Saya mahu membuktikan bahawa kita ada potensi dan kita mempunyai apa yang diperlukan untuk bersaing dengan semua pelumba antarabangsa. Jadi kedudukan tiga teratas bagi saya, ya, ia sesuatu yang mengujakan berada di podium,” jelas beliau yang akan bersaing dalam kategori GT4, mewakili New Bridge Motorsports bersama jentera Aston Martin.

Adam yang kini berada di bawah program pembangunan Sepang International Circuit (SIC) turut menjelaskan bahawa semua kos yang dikeluarkan adalah daripada poketnya sendiri lantas mengalu-alukan sebarang penajaan daripada pihak yang berminat. 

Dalam masa sama, Adam turut akan akan melanjutkan pelajaran di University of Coventry selama dua tahun dalam jurusan reka bentuk grafik sebagai sebahagian daripada usahanya untuk terus fokus mencipta nama dipentas permotoran dunia.

Antara pencapaian terbaiknya adalah muncul Juara Rookie Formula BMW pada 2015, pemandu ujian BRDC F3 Fortec Motorsport sekitar tahun 2018 dan Juara Malaysian Championship Series Vice 2019.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #SIC #GTSeries2022

Sumber : Sepang Circuit (SIC) / mySukan TV

Sumber Gambar : Sepang Circuit (SIC) / Adam Khalid