KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2022 – Menjelang saingan Piala Thomas/Uber 2022 di Bangkok yang akan berlangsung pada 8 hingga 15 Mei ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengumumkan senarai 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.
Seperti dijangka, Lee Zii Jia yang merupakan bekas pemenang Kejuaraan All England 2021 dilihat mengetuai senarai tujuh pemain perseorangan lelaki negara biarpun sudah bergelar pemain ‘profesional’ BAM bersama seorang lagi pemain berpengalaman, Liew Daren.
“Seramai 24 pemain (jumlah maksimum 12 pemain lelaki dan 12 wanita) akan berlepas ke Bangkok pada 5 Mei nanti.
“22 April adalah tarikh akhir untuk menghantar senarai pemain kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF),” menurut kenyataan itu.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bagi saingan Piala Thomas yang mana mereka bakal berdepan juara 2014, Jepun serta England dan New Zealand.
Bagi skuad Piala Uber pula, kelihatan pemain perseorangan profesional negara, Goh Jin Wei membuat ‘comeback’ selepas kini bergiat aktif yang mana skuad wanita negara akan berdepan Thailand, Denmark dan Mesir bagi saingan Kumpulan C.
Senarai pemain:
Piala Thomas – Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Ong Ken Yon, Liew Daren, Shaqeem Eiman, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.
Piala Uber – S Kisona, Eoon Qi Xuan, Myisha Khairul, Tan Zhing Yi, Goh Jin Wei, Chan Wei Tse, Pearly Tan, M Thinaah, Anna Cheong, Teoh Mei Xing, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.