DEAFLYMPICS 2021: KUALA LUMPUR VENUE BAHARU BOLING
DEAFLYMPICS 2021: KUALA LUMPUR VENUE BAHARU BOLING
April 14, 2022 2:41 am
KUALA LUMPUR, 14 April 2022 – Peminat sukan boling orang pekak tanah air pastinya teruja dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Majlis Antarabangsa Bagi Sukan Orang Pekak (ICSD) mengenai pertukaran venue acara boling Summer Deaflympics yang pada asalnya sepatutnya diadakan di Caxias do Sul, Brazil pada Mei 2022 kepada Kuala Lumpur pada 20 hingga 30 Oktober 2022 nanti.
Pindaan venue dan tarikh acara boling itu disebabkan oleh impak ekonomi yang besar kepada ICSD terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Belarus dan Rusia. Lebih lagi, atlet-atlet dari kedua-dua negara tersebut juga dilarang menyertai mana-mana pertandingan antarabangsa.
Kenyataan ICSD berkata, “Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan boling di bandar raya tuan rumah baharu (Kuala Lumpur) itu, kekal sama seperti apa yang dirancang di Caxias do Sul, termasuk reka bentuk pingat-pingatnya.”
“ICSD amat berhutang budi kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atas kesudian dan kerja keras mereka untuk menjadikan perpindahan Deaflympics 2021 dalam boling dapat dilaksanakan di negara mereka,” tambahnya.
Untuk pengetahuan, Summer Deaflympics Edisi Ke-23 dijadual berlangsung pada 1 hingga 15 May 2022 di Caxias do Sul, Brazil. Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam empat sukan iaitu olahraga, badminton, basikal bukit, basikal lebuhraya dan karate.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.