haziq

SKUAD FIN SWIMMING NEGARA MAHU CIPTA KEJUTAN DI HANOI

SKUAD FIN SWIMMING NEGARA MAHU CIPTA KEJUTAN DI HANOI

April 15, 2022 3:46 am

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2022 – Walaupun sukan fin swimming adalah satu sukan yang baharu di Malaysia namun skuad fin swimming negara optimis mereka mampu membawa pulang satu pingat gangsa dalam penampilan sulung di pentas Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.

Menerusi sidang media Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, pengurus pasukan, S Ravivarma jelaskan sandaran utama negara terletak di bahu Khiew Tze Yean menerusi acara 100 meter (m) Bifin (Lelaki).

“Sebelum ini sudah ada (sukan tersebut) pada temasya Sukan SEA lepas, namun berikutan sukan itu masih baru di dalam negara jadi kita tidak menyertainya.

“Jadi ini penampilan pertama atlet fin swimming dalam Sukan SEA dan (walaupun) sukan ini diletakkan dalam Kategori B, kami tetap yakin dengan kemampuan untuk memperoleh pingat gangsa itu,” jelas beliau.

Skuad negara akan menghantar tiga atlet lelaki dan dua atlet wanita ke Hanoi yang dianggotai Khiew Tze Yean, Saw Jin Er, Liew E Chern dan Cheng Ka Man dan Long Wan Mei.

Ravivarma berkata berdasarkan penelitiannya, Wan Mei diyakini mampu menempatkan diri dalam kalangan lima terbaik menerusi acara 100m Bifin (Wanita).

Untuk pengetahuan, Fin swimming merupakan acara sukan renang menggunakan alat tambahan iaitu sepasang sirip kaki (bifin) atau sirip kaki tunggal (monofin).

Berikut adalah senarai acara yang disertai atlet fin swimming negara pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam:

100m Bifin (Lelaki) – Khiew Tze Yean, Saw Jin Er

100m Bifin (Wanita) – Cheng Ka Man, Leong Wan Mei

50m Surface Monofin (Lelaki) – Liew Ee Chern

4x100m Bifin berganti-ganti campuran – Cheng Ka Man, Long Wan Mei, Khiew Tze Yean, Saw Jin Er

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #FinSwimming

Sumber : Bernama

Sumber Gambar : MSN / Malaysia Finswimming Association (MFSA)