lavinesh

SUKMA: SKUAD BERBASIKAL TERENGGANU JALANI PERSIAPAN AKHIR DI BELGIUM

SUKMA: SKUAD BERBASIKAL TERENGGANU JALANI PERSIAPAN AKHIR DI BELGIUM

April 15, 2022 3:06 am

KUALA TERENGGANU, 15 April 2022 – Sebagai persiapan terakhir untuk menghadapi saingan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsung pada 29 September hingga 8 Oktober 2022 di Kuala Lumpur, pasukan berbasikal Terengganu akan menghantar seramai sembilan pelumba basikal terpilih ke Belgium selama sebulan pada hujung bulan ini.

Pelumba terpilih itu akan mengambil bahagian dalam 20 siri perlumbaan yang berintensiti tinggi, kompetitif serta mencabar pada bulan ramadan di Belgium. Syed Mohd Husaini Syed Mazlan, Ketua Jurulatih Berbasikal Terengganu berkata, “Tugas membimbing pasukan di sana akan diserahkan kepada jurulatih Anuar Manan yang kita sedia maklum sangat berpengalaman luas dalam perlumbaan di negara Eropah.”

Di samping itu, beliau juga menjelaskan bahawa pasukan berbasikal SUKMA wanita tidak dapat menyertai perlumbaan di Belgium yang disebabkan oleh beberapa kekangan yang mereka menghadapi. 

“Tetapi kita akan pastikan mereka juga mendapat pendedahan yang sama seperti skuad lelaki kerana prospek pingat emas ada di situ (pelumba wanita),” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MSNTerengganu #PasukanBerbasikal #Terengganu #TerengganuHanelang #2022VictoryMission

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Harian Metro