SIRI ANTARABANGSA BELANDA: MYISHA MERAIH GELARAN JUARA
SIRI ANTARABANGSA BELANDA: MYISHA MERAIH GELARAN JUARA
April 18, 2022 4:23 am
KUALA LUMPUR, 18 April 2022 – Kejohanan badminton Sri Antarabangsa Belanda yang telah berlangsung dari 13 hingga 16 April lalu di Wateringen, Belanda telah menyaksikan Myisha Mohd Khairul, pemain badminton perseorangan wanita negara meraihi gelaran juara pertamanya pada musim ini.
Kemenangan Myisha diraihkan setelah beliau berjaya menewaskan rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21, 21-19 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 70 minit. Siti Nurshuhaini Azman berjaya meraih gelaran Naib Juara bagi kejohanan tersebut.
Myisha yang menduduki ranking ke-328 berkata, “Saya rasa bersyukur sangat dan sebenarnya saya tidak sangkapun akan muncul sebagai juara… Perlawanan menjadi sengit kerana kami sudah tahu corak permainan masing-masing, tambah pula kami pernah berlawan banyak kali dan berlatih bersama.”
Untuk pengetahuan, Myisha yang kelahiran Johor Bahru akan menerima ganjaran RM10,000 daripada Kerajaan Johor atas kejayaannya di Belanda. Selain itu, Myisha diharapkan menggunakan kemenangan ini untuk membara semangatnya apabila beraksi bersama skuad negara dalam saingan Piala Uber yang dijadual berlangsung pada 8 hingga 15 Mei nanti di Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Thailand.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.