IFMA PILIH MALAYSIA ANJUR MUAYTHAI REMAJA DUNIA 2022
IFMA PILIH MALAYSIA ANJUR MUAYTHAI REMAJA DUNIA 2022
April 20, 2022 3:55 am
KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2022 – Satu perkembangan positif buat arena sukan tanah air setelah Malaysia dijadual menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022 yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Ogos ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa (IFMA), Stephan Fox dalam satu sidang media baru-baru ini namun setakat ini masih belum diputuskan lokasinya.
“Atlet dari lebih 100 negara akan beraksi di kejohanan itu dan ia pastinya satu perkembangan yang baik untuk industri sukan di Malaysia sendiri selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa.
“Selaku wakil IFMA, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil keputusan membuka semula sempadan negara dan ia membolehkan kejohanan sukan antarabangsa dapat dianjurkan semula. Ia secara tidak langsung akan kembali merancakkan industri sukan di negara ini.
“Kejohanan ini akan membawa lebih 10,000 delegasi antarabangsa ke Malaysia yang akan berada di Malaysia lebih dari 10 hari,” jelas Fox.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.