lavinesh

PIALA ASIA 2022: MHC UMUM SENARAI PEMAIN KE AUSTRALIA

PIALA ASIA 2022: MHC UMUM SENARAI PEMAIN KE AUSTRALIA

April 20, 2022 6:10 am

KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Menjelang Kejohanan Hoki Piala Asia yang bakal berlangsung pada 23 Mei hingga 1 Jun 2022 di Jakarta, Indonesia, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebentar tadi telah mengumumkan senarai 20 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang akan ke Australia pada 23 hingga 28 April ini untuk menjalani siri Perlawanan Ujian Antarabangsa.

Menurut kenyataan MHC, Speedy Tigers akan menghadapi empat perlawanan dalam siri tersebut di Stadium Hoki Perth, Australia. A. Arulselvaraj, Ketua Jurulatih Kebangsaan akan membawa dua penjaga gol, enam pemain pertahanan, sembilan pemain di posisi tengah dan lima pemain di bahagian serangan.

Beliau berkata, “Perancangan asal kami adalah untuk berangkat ke Perth dengan lebih awal dan bermain lima perlawanan ujian. Namun ekoran beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akan berlepas esok dan akan melalui empat perlawanan ujian.”

“Empat perlawanan ujian tersebut amat penting untuk pasukan sebagai persiapan kami menjelang Piala Asia. Ia juga akan membantu kami untuk menilai tahap dan prestasi pasukan menjelang kejohanan tersebut.”

“Ada beberapa sebab mengapa kami memilih untuk ke Perth, Australia dan menjalani siri perlawanan ujian bersama pasukan Australia. Satu kerana puasa dan waktu berpuasa di Australia lebih kurang sama dengan Malaysia. Bertemu Pasukan Australia yang berada di ranking pertama dunia, kami akan mendapat empat perlawanan ujian yang berkualiti dan kami sememangnya memerlukan perlawanan bertemu pasukan yang mempunyai daya fikiran pantas serta pergerakan yang pantas,” jelas beliau.

Senarai 22 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan:

  1. Muhammad Hafizuddin Othman
  2. Adrian Andy Albert
  3. Muhammad Razie Abd Rahim
  4. Muhammad Marhan Mohd Jalil
  5. Muhammad Najmi Farizal Jazlan
  6. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
  7. Muhammad Syafiq Hassan
  8. Muhammad Arif Syafie Ishak
  9. Meor Muhammad Azuan Hassan
  10. Faiz Helmi Jali
  11. Zulpidaus Mizun
  12. Muhammad Firhan Ashaari
  13. Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi
  14. Muhammad Najib Abu Hassan
  15. Faizal Saari
  16. Mohamad Ashran Hamsani
  17. Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim
  18. Shello Silverius
  19. Norsyafiq Sumantri
  20. Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
  21. Muhajir Abdu Rauf
  22. Muhammad Shahril Saabah

Jadual Siri Perlawanan Ujian Antarabangsa Australia:

  1. Sabtu, 23 April 2022, 4:00 Petang
  2. Ahad, 24 April 2022, 4:00 Petang
  3. Selasa, 26 April 2022, 6:30 Petang
  4. Khamis, 28 April 2022, 12:00 Tengah Hari

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MHC #KHM #TheSpeedyTigers #SiriPerlawananUjianAustralia #hoki

Sumber : Malaysian Hockey Confederation

Sumber Gambar : Malaysian Hockey Confederation