KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2022 – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamakan Aaron Chia sebagai kapten pasukan bagi saingan Piala Thomas tahun ini yang mana beliau mengetuai skuad negara bersama pasanganya Soh Wooi Yik serta dua lagi beregu utama iaitu Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei serta pemain beregu muda, Chia Weijie.
Bagi acara perseorangan lelaki pula, lima nama disenaraikan iaitu Lee Zii Jia, Liew Daren, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao.
Sementara itu, skuad Piala Uber diketuai oleh S Kisona bagi acara perseorangan wanita bersama Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan yang merupakan pemain senior serta Pearly Tan, M Thinaah sebagai beregu utama.
Manakala selebihnya, tujuh muka baharu akan membuat debut di kejohanan tersebut terdiri daripada Myisha Mohd Khairul, Tan Zhing Yi, Anna Cheong, Teoh Mei Xing, Low Yeen Yuan, Valeree Siow dan Chan Wen Tse.
Piala Thomas dan Piala Uber akan membuka tirai pada 8 hingga 15 Mei depan yang akan diadakan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.