haziq

MFL BAKAL ROMBAK JADUAL LIGA-M DEMI SKUAD SUKAN SEA

MFL BAKAL ROMBAK JADUAL LIGA-M DEMI SKUAD SUKAN SEA

April 21, 2022 3:02 am

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2022 – Tatkala latihan pusat skuad Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang begitu hambar kelmarin yang mana hanya lima pemain sahaja melapor diri, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini bersedia untuk merombak jadual Liga Malaysia (Liga-M) bagi memberi laluan kepada pasukan untuk melepaskan pemain mereka.

Menurut Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL berkata sememangnya terdapat perbincangan antara pihaknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merombak jadual Liga-M dan perubahan itu akan mengutamakan pasukan yang memiliki ramai pemain dipanggil menyertai skuad Brad Maloney ke Sukan SEA Hanoi.

“Memang ada perbincangan antara MFL dan FAM mengenai percaturan kalendar liga bagi member rang panggil pemain terlibat dengan Sukan SEA.

“Namun, perkara ini memerlukan kerjasama bukan sahaja MFL dan FAM malah pasukan

terlibat. Saya sedang kerja keras bersama sekretariat untuk urus yang terbaik untuk FAM, dan dalam sehari dua lagi saya akan buat pengumuman mengenai kalendar (Liga-M),” jelas beliau sewaktu sidang media majlis pengumuman penajaan minyak masak jenama Alif sebagai penaja Liga-M semalam.

Anak buah Maloney akan bertemu Thailand pada 7 Mei bagi aksi pertama Kumpulan B, sebelum menentang Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thin Truong di Nam Dinh yang mana slot ke separuh akhir hanya untuk dua pasukan terbaik sahaja.

Sementara itu, Stuart berkata kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka, yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platform yang boleh meningkatkan kesedaran jenama, khususnya kepada peminat bola sepak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad dan Pengarah Urusan Sime Darby Oils (SDO) Mohd Haris Mohd Arshad.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #BolaSepak #MFL

Sumber : mySukan TV

Sumber Gambar : Asiana.my