lavinesh

SUKAN SEA: FAM UMUM SENARAI PEMAIN FUTSAL KE KEM LATIHAN PUSAT

SUKAN SEA: FAM UMUM SENARAI PEMAIN FUTSAL KE KEM LATIHAN PUSAT

April 21, 2022 5:03 am

KELANA JAYA, 21 April 2022 РPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 20 pemain futsal kebangsaan yang akan menyertai kem latihan pusat pada 29 April hingga 2 Mei 2022 di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya. Kem latihan pusat ini adalah untuk menyediakan Skuad Futsal Lelaki Kebangsan bagi perjuangan yang mereka akan menghadapi pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021 pada bulan depan. 

Untuk pengetahuan, hanya 16 daripada 20 pemain futsal tersebut akan berlepas ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 3 Mei bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan. Pada 8 Mei, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Hanoi dimana mereka akan beraksi dalam saingan temasya sukan tersebut.

Acara futsal lelaki akan dijalankan secara format liga sepusingan. Malaysia akan bertemu Thailand pada 11 Mei, Vietnam pada 14 Mei, Indonesia pada 16 Mei dan Myanmar pada 20 Mei 2022 di Stadium Tertutup Ha Nam.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 #Futsal #KemLatihanPusat

Sumber : Football Association of Malaysia

Sumber Gambar : Football Association of Malaysia