lavinesh

BAM: TERBUKA MALAYSIA & MASTERS MALAYSIA KEMBALI LAGI

BAM: TERBUKA MALAYSIA & MASTERS MALAYSIA KEMBALI LAGI

April 25, 2022 2:42 am

KUALA LUMPUR, 24 April 2022 – Setelah dua tahun tiada penganjuran kejohanan badminton berprestij di Malaysia yang disebabkan oleh pendemik COVID-19, peminat sukan badminton tanah air teruja dengan pengumuman oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai kembalinya penganjuran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 dan Kejohanan Masters Malaysia pada pertengahan tahun ini.

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 yang berada di peringkat ‘Jelajah Dunia Super 750’ akan berlangsung pada 28 Jun hingga 3 Julai 2022, manakala Kejohanan Masters Malaysia “Jelajah Dunia Super 500’ dijadual berlangsung pada 5 hingga 10 Julai 2022. Kedua-dua kejohanan tersebut akan dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Untuk pengetahuan, pihak BAM sedang berunding dengan Petronas iaitu penaja utama untuk menganjurkan Terbuka Malaysia edisi tahun ini dengan penampilan yang habat.

Ketika sidang media yang diadakan semalam selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM, Mohamad Norza berkata, “Memandangkan status pun dah ditingkatkan, kita harap ia (Terbuka Malaysia 2022) merupakan satu kejohanan yang berprestij dalam kalendar BWF (Persekutuan Badminton Dunia).”

Sementara itu, Mohamad Norza telah mengesahkan bahawa BAM sedang membuat keputusan untuk berpisah dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM). Beliau menjelaskan bahawa keputusan perpisahan tersebut adalah supaya BAM dapat melaksanakan tugasnya sebagai badan induk badminton negara, manakala ABM akan bertindak sebagai pusat berprestasi tinggi badminton negara.

Beliau berkata, “Masa sudah berubah dan menuntut perubahan daripada kita iaitu dari segi prestasi jurulatih, pengarah kejurulatihan dan juga barisan pemain harus dinilai secara objektif oleh (golongan) profesional.”

“Kami akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Petronas kerana ia adalah akademi Petronas, kami akan cuba memanfaatkan pengalaman Petronas, contohnya dalam Formula Satu (F1), bagi memastikan persekitaran (akademi) adalah berdasarkan prestasi, petunjuk prestasi utama (KPI) dan teknologi, peralatan serta kelengkapan sukan terkini,” jelas beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BAM #TerbukaMalaysia2022 #MastersMalaysia #ABM #Perpisahan #badminton #kejohanan

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Badminton Association of Malaysia