HABUAN MENANTI PEMENANG PINGAT EMAS DI HANOI – CDM
HABUAN MENANTI PEMENANG PINGAT EMAS DI HANOI – CDM
April 25, 2022 3:52 am
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2022 – 17 hari lagi menjelang temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam menyaksikan atlet negara diberi tonik tambahan apabila ketua kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad melafazkan ikrar untuk memberi insentif kepada pemenang pingat emas negara.
Kenyataan itu disampaikan sewaktu majlis perhimpunan akhir kontinjen Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam yang mana beliau akan akan mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi pemberian ganjaran tersebut.
“Saya akan beri insentif kepada atlet yang meraih emas. Itu daripada hak saya kerana saya meminta mereka bekerja keras untuk membawa pulang emas, jadi saya perlu menyediakan sedikit peruntukan kepada atlet.
“Ini supaya kejayaan itu dapat dikongsi bersama kerana mereka semua (atlet) telah bekerja keras. Jadi, mereka akan dapat sesuatu daripada saya.
“Berapa jumlah yang mereka dapat adalah rahsia tetapi atlet yang berjaya meraih emas akan dapat secara terus di Hanoi nanti,” jelas beliau.
Dalam masa sama, insentif daripada kerajaan turut akan disampaikan seperti kebiasaan buat pemenang pingat emas menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Sasaran awal yang diletakkan buat kontinjen negara menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker sebelum ini adalah 31 pingat emas, 19 perak dan 29 gangsa namun angka dijangka berubah berpandukan sasaran akhir Majlis Sukan Negara (MSN).
Seramai 864 orang keseluruhan bagi kontinjen negara merangkumi 364 atlet lelaki dan 225 wanita dengan baki 275 pegawai akan ke Hanoi dan bertanding mulai 12 Mei ini.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.