lavinesh

LIEK HOU KEKALKAN KEJUARAAN DI BRAZIL, TANPA KALAH SEJAK 2019

LIEK HOU KEKALKAN KEJUARAAN DI BRAZIL, TANPA KALAH SEJAK 2019

April 25, 2022 4:08 am

SAO PAULO, 24 April 2022 – Pemain perseorangan lelaki para badminton negara, Cheah Liek Hou telah berjaya mengekalkan rentak kemenangan beliau sejak 2019 setelah menewaskan Meril Loquette dari Perancis dalam pusingan akhir kategori SU5 Kejohanan Brazil Para Badminton Antarabangsa 2022.

Cheah Liek Hou telah menampilkan prestasi hebat dalam perlawanan tersebut dimana beliau mengalahkan Meril Loquette 21-17, 21-17. Beliau berkata, “Walaupun saya gembira memenangi kejuaraan kelapan berturut-turut, namun saya ada banyak ruang untuk memperbaiki permainan saya dari segi prestasi. Saya tidak beraksi pada tahap terbaik saya dan berharap dapat memulihkan prestasi saya dalam kejohanan yang akan datang.”

Untuk pengetahuan, rentak kemenangan beliau bermula sejak bulan Oktober 2019 pada Kejohanan Denmark Para Badminton Antarabangsa 2019. Kemenangan berikut beliau termasuk Jelajah Para Badminton BWF iaitu di Japan pada 2019; di Peru dan Brazil pada 2020; dan pada 2021 di Emiriah Arab Bersatu dan Sepanyol sebelum mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas badminton Malaysia pertama pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun lepas.

Jaguh para badminton negara itu akan turun beraksi lagi di Bahrain pada 16 hingga 22 Mei dan Emiriah Arab Bersatu pada 23 hingga 29 Mei nanti.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #CheahLiekHou #BrazilParaBadmintonInternational #badminton #para #SU5

Sumber : New Straits Times

Sumber Gambar : Cheah Liek Hou