haziq

SUKAN SEA : MALAYSIA, THAILAND BUAT PERHITUNGAN LEBIH AWAL

SUKAN SEA : MALAYSIA, THAILAND BUAT PERHITUNGAN LEBIH AWAL

April 25, 2022 4:01 am

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2022 – Cabaran getir menanti skuad sepak takraw lelaki negara pada temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan selepas mereka dijadualkan bertemu musuh tradisi Thailand lebih awal bagi acara regu dan berpasukan.

Malaysia diundi dalam kumpulan C bagi acara regu bersama tuan rumah, Vietnam yang mana hanya dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir sementara acara berpasukan lelaki pula menyaksikan Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja diletakkan dalam Kumpulan A dengan format liga sepusingan.

Sementara itu, Indonesia dan Kemboja diundi bersama Malaysia dalam Kumpulan E bagi acara beregu lelaki.

Majlis undian yang dijalankan pada Jumaat lalu juga menyaksikan penyandang emas acara regu berpasukan wanita, Thailand diletakkan dalam Kumpulan A bersama Malaysia dan Vietnam.

Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja juga akan menjadi lawan buat Malaysia dalam Kumpulan B bagi acara regu sementara bagi acara quadrant skuad wanita negara berada dalam satu kumpulan dengan Thailand dan Myanmar.

Untuk rekod, kali terakhir skuad sepak takraw negara merangkul pingat emas adalah pada Sukan SEA edisi 2017 di Kuala Lumpur menerusi acara regu lelaki dan “‘chinlone linking’ namun kali ini tiada sasaran emas buat skuad negara memandangkan mereka dianggotai lebih 80 peratus pemain muda.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #SepakTakraw

Sumber : Bernama

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara (MSN)