haziq

31 EMAS DI HANOI SASARAN REALISTIK – MENTERI KBS

31 EMAS DI HANOI SASARAN REALISTIK – MENTERI KBS

April 26, 2022 3:52 am

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan sasaran 31 pingat emas buat kontinjen negara ke Sukan SEA di Hanoi, Viet­nam bulan depan adalah realistik bersandarkan pencapaian sedia ada.

Menurut beliau, temasya dwitahunan itu adalah medan terbaik untuk para atlet mempamerkan prestasi cemerlang serta meningkatkan pencapaian bagi penyertaan ke temasya lebih tinggi.

“Kita letak sasaran itu sebab kita nak capai, bukan kita letak untuk seronok-seronok atau kita nak ambil ringan supaya mudah nak capai.

“Saya kira sasaran ini dibuat dengan realistik walaupun saya sendiri seperti orang ramai berharap kita dapat lebih daripada 31,” jelas beliau.

Jelas Ahmad Faizal lagi, beliau mahu atlet-atlet kebangsaan memandang lebih jauh bukan pada Sukan SEA sahaja namun pada temasya lebih besar di Sukan Asia dan juga Sukan Komanwel.

Temasya Sukan SEA Hanoi akan membuka tirainya bermula 12 hingga 23 Mei depan yang mana sasaran awal kontinjen Malaysia adalah untuk memperoleh 31 pingat emas, 19 pingat perak dan 29 pingat gangsa.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #KBS #DemiMalaysia

Sumber Gambar : Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu