KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2022 – Perkhabaran gembira disampaikan oleh Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur menyaksikan dua pemain hoki muda wanita negara, Nur Atira Mohamad Ismail dan Nuramirah Shakirah Zulkifli bakal berkelana ke Eropah dengan beraksi bersama kelab Jerman, Bremer Hockey-Club.
Difahamkan, peluang itu diraih hasil daripada hubungan baik antara pemilik Hockademy, Datuk Seri Megat D Shahriman Zahiruddin dengan kelab hoki di Eropah khususnya di Jerman lantas membuka pintu buat pemain menimba ilmu dan pengalaman di peringkat lebih tinggi.
Megat D Shahriman menyifatkan Atirah dan Nuramira sememangnya layak diberikan peluang ini hasil daripada bakat yang ditunjukkan serta tahan disiplin yang tinggi.
“Dengan kematangan dan pengalaman bermain di pelbagai negara, saya percaya mereka berdua bakal menjadi aset penting untuk sukan hoki negara satu hari nanti,” jelas Megat D Shahriman menerusi kenyataan itu.
Nur Atira dan Nuramirah kini hanya menunggu surat pelepasan (NOC Letter) daripada pihak majikan masing-masing sebelum dijangka berkelana di Jerman bermula 1 Ogos hingga 31 Mei 2023.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.