haziq

SUKAN SEA : AZNIL WASPADA CABARAN VIETNAM & INDONESIA

SUKAN SEA : AZNIL WASPADA CABARAN VIETNAM & INDONESIA

April 27, 2022 3:08 am

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2022 – Pingat emas menjadi sasaran jaguh angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam, bulan depan biarpun beliau sedar bakal menghadapi tentangan sengit daripada atlet tuan rumah & Indonesia.

Badang berusia 27 tahun itu akui telah melipat gandakan usaha untuk merealisasikan impian itu selepas beliau memenangi pingat gangsa dalam edisi tiga tahun lalu di Filipina.

“Saya tetap bersemangat seperti hari biasa walaupun perlu menempuh cabaran berpuasa dalam masa sama berlatih pagi dan petang. Saya perlu memberikan segala-galanya sebelum turun ke gelanggang nanti.

“Pencabar saya di sana nanti adalah atlet dari Indonesia dan Vietnam. Apa pun saya tetap bersedia untuk berdepan mereka dalam penampilan keempat di Sukan SEA.

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu mengubah kilauan warna pingat dari gangsa ke emas. Saya memerlukan semangat ini sebelum turun pula di Sukan Asia dan Komanwel,”  jelas Aznil yang akan bertanding dalam kategori 61 kilogram di Hanoi.

Untuk rekod, antara pencapaian terbaik atlet kelahiran Kedah ini ialah memenangi  pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan emas dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan hujung tahun lalu.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Hanoi2021 #SeaGames2021 #SukanSEA2021 #AngkatBerat

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara (MSN)